My Blog List

Tuesday, May 17, 2011

niqab..

teringin sgt nak pakai...pelbagai pandangan tentang nie..adakata kena pakai berterusan walaupun sudah bekerja..tapi kata sorg kakak..kalau macam tue tunggu pencenlah bru pakai..tapi kalau nak tunggu time tiba2 ALLAH amik nyawa..kan tak rasa pakai...btul jugak...pandangan family camana pula..tiba2 ayah mesti terkejut dgn anak dia nie..mula2 tukar tudung pastue pakai niqab..aduh..wahai diri..tnya dirimu balik..apa tujuan pakai...kalau tnya hati..takde jawpan yg pasti..tapi ikhlas suka tgok org pakai..rasa terpelihara aurat..kata seorg adik...ada yang pakai sebab muka sgt cantik n menjadi perhatian lelaki..kalau muka yg tak cntik sgt nie tapi kadang2 ada juga lelaki toleh tgok..hehe ..boleh tak, nak pakai...huhu..apapun pakai bukan sebab nak tunjuk diri tue baik..bukan kerana taknak bagi muka burn..jauh sekali nak pakai sebab nampak ayu n soleha..tapi memg hati nak sgt pakai...bak kata kawanku..pakai nie pada org yg takut ngan org ramai..pada yg takut dan malu jalan sorg cam aku nie..bolehlah pakai sebab naikkan self-esteem..bila pakai nie rasa selesa je bila jalan sorg sebab org keliling tak fokus pada muka kita nie...huhu

1 comment:

  1. "Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?"

    Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.

    "Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian."

    Secara umumnya tidak timbul isu 'istiqamah atau tidak' dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.

    Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama'.

    Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah :)

    from blog- http://www.niqobgirl.blogspot.com

    ReplyDelete