Ya Allah..Aku Lupa
Aku Lupa Untuk Beristifar Kepadamu
Aku Lupa Untuk Mengucap Alhamdulilah
Aku Lupa Untuk Redha Dengan Takdirmu
Aku Lupa Untuk Bangun Kiamulai Memujimu
Aku Lupa Untuk Melihat Keburukanku
Aku Lupa Untuk Melawan Nafsu Makanku
Aku Lupa Untuk Melawan Nafsu Tidurku
Aku Lupa Untuk Banyak Membaca Kalammu
Aku Lupa Untuk Kerjakan Dhuhamu
Aku Lupa Untuk Selawat Pada Kekasihmu
Aku Lupa Untuk Muhasabah Diri Kepadamu
Aku Lupa Untuk Kusyuk Padamu
Aku Lupa Untuk Tawaduk Padamu
Dan Paling Aku Lupa Ya Allah
Aku Lupa Nak Bangkitkan Rasa Cinta Padamu
Aku Lupa Untuk Menangis Mengenang Dosaku Padamu
Aku Lupa Untuk Meminta Hanya Padamu
Aku Lupa Untuk Menjadi Hamba Yang Bertaubat
Ampunkan Aku Ya Allah
Yang Ku Tahu Keluh Kesah Dengan Takdirmu
Yang Ku Tahu Mengenang Nasib Semalam
Yang Ku Tahu Hidup Untuk Bergelak Ketawa
Yang Ku Tahu Membazir Masa Dengan Berchating
Yang Ku Tahu Makan Tanpa Henti
Yang Ku Tahu Menurut Nafsu Malasku
Yang Ku Tahu Aku Lebih Baik Dari Orang Lain
Yang Ku Tahu Aku Jadikan Hidupku Penuh Dengan Keseronokan
Dan Paling Ku Tahu Ya Allah
Aku Masih Keluh Kesah Dengan Takdirmu
Aku Masih Menangis Mengenangkan Nikmat Cinta Manusia Yg Kau Tarik Dariku.
Ya Allah, Aku Lupa!
Aku Lupa Dengan Perintah-Mu..
Aku Bermain Cinta..
Aku Berdosa..
Ampunkan Aku, Allah!
Ya Allah, Sesungguhnya, Aku Manusia Biasa..
Manusia Itu Pelupa..
Maka, Ingatkanlah Aku, Ya Allah..
Ingatkan Hati Aku Agar Tidak Lupakan-Mu..
Ingatkan Jiwa Aku Supaya Sentiasa Dekat Dengan Kalam-Mu..
Ingatkan Aku Tentang Pertemuan Aku Dan Engkau..
Ya Allah..
Hindarkan Dan Jauhkan Aku Daripada Perkara-Perkara Lagha..
Lupakan Aku Pada Perbuatan-Perbuatan Dosa Dan Noda..
Kerana Itu Semua Berpunca Daripada Nafsu Diriku Sendiri..
Yang Hanya Akan Menutup Mata Hati Dan Telingaku Dari Kebenaran-Mu..
Ampunkan Aku, Ya Allah!